E-mail: afiq@afiqzam.com


Profile Afiq

Afiq dilahirkan pada 6 January 1998 pada usia kandungan 34 minggu melalui pembedahan di Hospital Universiti. Selepas 3 hari dilahirkan Afiq di benarkan pulang. Sejak dilahirkan lagi ia mengidap sakit kuning dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk memulihkannya tetapi tidak berjaya. Apabila di dapati kuningnya bertambah, pada 29 january 1998 saya bawa Afiq ke hospital Universiti untuk mendapat rawatan dan ia telah ditahan di wad. 

Setelah dibuat ujian demi ujian keatas Afiq sehingga tak tertahan untuk melihat dan usianya telah mencecah 9 minggu (7 minggu di hospital) barulah doktor dapat mengesan penyakitnya (Biliary Atresia) melalui satu rawatan yang diberi nama HIDA scan. Selepas itu satu keputusan telah dibuat dimana ia perlu di bedah (Kasai ) secepat mungkin. Walaupun doktor mengatakan peluang untuk sembuh agak tipis kerana sudah terlewat, memandangkan tiada kaedah lain untuk rawatan Afiq selain pembedahan tersebut kami terpaksa akur.

Beberapa bulan selepas di bedah doktor mendapati pembedahan itu tidak berjaya dan doktor menasihatkan saya sekeluarga supaya menukar hati Afiq (Liver Transplant) jika mahu ia terus hidup seperti kanak-kanak lain. 

   
 
Pada ketika itu pembedahan pemindahan hati masih tidak dapat dilakukan di Hospital kerajaan. Mujurlah Hospital Subang Jaya dapat melakukannya dibawah kelolaan Datuk Dr. KC Tan seorang rakyat malaysia yang membuka liver centre di Gleneagles Hospital singapura dan SJMC di malaysia. Kos perubatan dan pembedahan menjangkau RM300 ribu dan syukur atas kemurahan rakyat dan syarikat di malaysia yang membantu membiayai pembedahan tersebut.

Pembedahan hati Afiq telah dilakukan pada 3 April 1999 dimana Wan Mohd Hafizam telah mendermakan sebahagian hati dan pembiayaan pembedahan tersebut telah dibiayai oleh orang ramai dan syarikat-syarikat swasta terutamanya pihak Maybank yang telah menderma sebanyak RM 200,000.

Pembedahan itu telah berjaya dan Afiq kini telah kembali normal seperti kanak-kanak yang lain.

Kepada sesiapa yang ingin maklumat lebih lanjut atau khidmat nasihat bolehlah hubungi saya melalui email.

Untuk maklumat lanjut tentang penyakit Biliary Atresia.....

 

 Foto Afiq: