|
Surat kepada semua,
Objektif pembinaan homepage ini adalah untuk memberi sedikit maklumat tentang perkembangan
Afiq dan Hafizam serta penerangan tentang penyakit Biliary Atresia. Jutaan penghargaan kepada sesiapa sahaja yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung di sepanjang pembinaan dan pelancaran homepage ini. Semoga ia akan memberi manfaat kepada diri saya serta kepada mereka yang lain.
Kejayaan pembedahan pemindahan hati antara Afiq dan Hafizam pada 3hb April 1999 telah mengemparkan seluruh rakyat malaysia. Ini merupakan pembedahan sulung yang melibatkan penderma bukan dari ahli keluarga.
Pembedahan ini telah membuka mata banyak pihak, Bukan sahaja orang perseorangan malah pertubuhan profesional juga turut terpukau. Ini secara tidak langsung melenyapkan anggapan kuno mereka terhadap penderma yang ingin menderma orgon terutama yang melibatkan bukan dari golongan ahli keluarga.
Afiq kini terus membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Perbezaan memang ketara jika
dibandingkan dengan keadaannya sebelum pembedahan, begitu juga
Hafizam sebuk dengan aktiviti seharian dan kini telah menjadi penolong jurulatih untuk sukan sky diving.
Bersyukur kepada tuhan kerana saya telah berjaya mendapat pembiayaan bagi membiayai pembedahan pemindahan hati
Afiq. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada orang ramai dan syarikat-syarikat yang prihatin serta bersimpati terhadap
Afiq dan tidak dilupakan juga mereka yang telah mendoakan kesejahteraan
Afiq dan Hafizam.
Yang benar,

Muhamad Zaini Drahim
zaini@afiqzam.com
( Bapa kepada Afiq )
|